Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wahai rakan Blogger sekalian.
Maka di sini saya ingin coretkan serba sedikit nota setelah beberapa bulan tidak menulis.
Baiklah..
Istikharah.
Bila sebut istikharah je mesti ramai yang terfikir untuk memilih jodoh.
Istikharah je mesti terfikir dapat petunjuk daripada mimpi.
hmm.
Actually, istikharah ni merupakan solat sunat 2 rakaat yang kita lakukan untuk memohon bantuan Allah dalam membuat suatu pilihan.
Tidak kiralah sama ada pilihan jodoh, kerjaya, bidang hatta pilihan makanan sekalipun.
Mintalah bantuan Allah agar Dia menunjukkan kita pilihan yang terbaik itu.
Persoalannya,
Bagaimana ingin mengetahui petunjuk daripada Allah itu?
Sebenarnya,
petunjuk daripada Allah ini terdapat dalam pelbagai cara.
Sama ada mimpi, minat, tanda-tanda yang menunjukkan ke arah satu pilihan itu, gerak hati dan lain-lain.
Apabila sudah membuat pilihan,
Yakinlah kepada Allah bahawa kita sudah memilih pilihan yang terbaik.
Yakin terhadap-Nya.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Believe in Allah okey? :)
No comments:
Post a Comment