Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan harta yang bersepah sini sana,
Kejayaan yang sehingga ke menara gading,
Keluarga yang kuat bekerja siang dan malam,
Semuanya untuk dunia.
Adakah itu dinamakan bahagia?
Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan melakukan pelbagai dosa maksiat,
Keluar dengan berlainan jantina,
pegang tangan, zina mata, zina hati,
Adakah itu yang kau merasa kebahagiaan?
Hanya kerana kau mempunyai kekasih hati yang berupa manusia?
Bahagia.
Kau mempunyai segala-galanya
Kemewahan, kecantikan, kepandaian,
Kau merasa kau mempunyai semua kesempurnaan,
Tetapi kau lupa siapa yang memberi kelebihan itu,
Tidak pernahkah kau ingin bersyukur kepada-Nya?
Bahagiakah dikau dengan semua kelebihan itu?
Bagi aku.
Kebahagiaan itu mempunyai kasih sayangNya,
Kasih sayang ibu ayah, keluarga, rakan,
Ukhuwwah hendaklah perlu dimantapkan,
Jihad mesti dilaksanakan,
Menuju ke syurganya dengan bersusah payah,
Tinggalkan dunia ini yang penuh dusta,
Mengejar akhirat yang kekal selama-lamanya,
Perbanyakkan amalan keranaNya,
In shaa Allah syurga ganjarannya.
Itulah bahagia yang kekal abadi..
*senyum*