Search je kat sini :)

Monday, 9 November 2015

Bahagia?

Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan harta yang bersepah sini sana,
Kejayaan yang sehingga ke menara gading,
Keluarga yang kuat bekerja siang dan malam,
Semuanya untuk dunia.
Adakah itu dinamakan bahagia?

Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan melakukan pelbagai dosa maksiat,
Keluar dengan berlainan jantina,
pegang tangan, zina mata, zina hati,
Adakah itu yang kau merasa kebahagiaan?
Hanya kerana kau mempunyai kekasih hati yang berupa manusia?

Bahagia.
Kau mempunyai segala-galanya
Kemewahan, kecantikan, kepandaian,
Kau merasa kau mempunyai semua kesempurnaan,
Tetapi kau lupa siapa yang memberi kelebihan itu,
Tidak pernahkah kau ingin bersyukur kepada-Nya?
Bahagiakah dikau dengan semua kelebihan itu?

Bagi aku.
Kebahagiaan itu mempunyai kasih sayangNya,
Kasih sayang ibu ayah, keluarga, rakan,
Ukhuwwah hendaklah perlu dimantapkan,
Jihad mesti dilaksanakan,
Menuju ke syurganya dengan bersusah payah,
Tinggalkan dunia ini yang penuh dusta,
Mengejar akhirat yang kekal selama-lamanya,
Perbanyakkan amalan keranaNya,
In shaa Allah syurga ganjarannya.
Itulah bahagia yang kekal abadi..
*senyum*


Saturday, 31 October 2015

Takdir?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil carian imej untuk quote takdir

Assalamualaikum kepada insan yang sedang membaca artikel saya ini.
Saya ingin menulis berkenaan soal TAKDIR.
Apa kita faham soal takdir?
Takdir tu merupakan qada' dan qadar Allah yang wajib kita percayai.

Okey, sebenarnya saya nak sharekan satu peristiwa ni.
Kita sendiri tahu yang negara Jepun merupakan negara yang paling hebat dari segi disiplin, kebersihan, ketepatan masa dan sebagainya. 
Setiap penjuru takde sampah. Even sehelai rambut pun susah nak jumpa kat lantai.
Lagi lagi sampah yang besar, memang takkan jumpa kat negara diorang!
Tapi diorang bukan Islam..
Cuba bandingkan dengan negara-negara Islam.
Tak payah tengok negara lain, negara kita sendiri ni pun tak terkecuali.
Sampah yang kita nampak depan mata pun tak nak tolong buangkan.
Sebab apa?
"Buat apa aku nak buang? Bukan aku yang buat."
Betul tak?

Hmm..
Teringat saya semasa saya sedang berbual dengan ayah.
Saya bertanya kat ayah, 
"Kenapa Jepun negara dia bersih, padahal diorang bukan negara Islam. Cuba tengok negara Mesir tu.. Kat sana jangan cakaplah, bukak pintu rumah je depan mata dah ada sampah."
Dengan tenang ayah saya menjawab;
"Orang Islam ni dia salah definisikan soal takdir. Diorang fikir takdir tu tak boleh nak ubah. Contohnya, mereka nampak sampah ada kat depan mata diorang. Then, diorang tak buat apa-apa pun yang akan menggerakkan sampah tersebut ke dalam tong sampah. Sebab apa? Diorang fikir sampah tu dah takdir memang ada kat situ. So, diorang just ignore je sampah tu sebab diorang ingatkan tu takdir yang tak boleh diubah."

"Tapi sebenarnya takdir tu kita still boleh ubah dengan tangan kita sendiri. Contohnya, negara Jepun yang dulunya ekonomi dia jatuh, tapi diorang dapat bangunkan semula ekonomi diorang. Sebab? Diorang ubah cara diorang melihat takdir itu. Diorang ada usaha nak bangunkan balik negara diorang."

Saya teringat buku yang telah saya baca berkenaan takdir;
Takdir boleh berubah dengan doa dan usaha,
walaupun hakikat semuanya sudah berada dalam ilmu Allah.
Kita hanya boleh menyebut 'takdir' apabila ia sudah berlaku.
Sebelum ia berlaku, ia masih suatu pilihan kerana kita tak tahu apa takdir kita.

Masa kat sekolah kawan saya pernah cakap,
"Aku tak yakin aku boleh dapat bangunkan Islam balik macam Sultan Muhammad al-Fateh buat."
Saya dengan kawan saya yang sorang lagi bertanya kepadanya kenapa.
"Ya lahh. Aku tak rasa aku dapat buat macam tu sebab aku rasa itu satu benda yang mustahil. Siapa aku ni nak bangunkan Islam balik."
Saya cuba memahami apa yang ingin disampaikannya, tiba-tiba kawan saya bagi respon;
"Kenapa kau cakap macam tu? Kita boleh buat selagi kita tak putus asa. Ni belum cuba lagi kau dah putus asa.. Macam mana Islam nak bangun kalau kita sendiri dah kalah pada takdir?"
"Jangan putus asa selagi kita belum cuba. Dakwah ni bukannya mudah. Rasulullah pun nak naikkan Islam dengan banyak ujian dan dugaan. Cara dakwah ni lah cara kita nak berjihad naikkan Islam. In shaa Allah.."

Saya terharu..
Ya, saya bukan  jenis yang akan memberi pendapat tanpa saya mendengar dahulu pendapat mereka.
Saya dapati pendapat mereka lebih bernilai.
Rasa bersyukur sebab saya dapat kawan yang mendorong saya untuk melakukan kebaikan.
Jazakillah ya sodiqatii :)

Hasil carian imej untuk quote dakwah





Sunday, 20 September 2015

Keikhlasan

Assalamualaikum and hai :)
Berhabuk dah blog ni sebab dah lama tak bukak. 
Sorry kalau sesiapa yang tertunggu-tunggu post baru untuk blog ni. 
(perasan ada fans je hehe) 

Hasil carian imej untuk quote sincere

Allah tahu apa yang kita rasa dalam hati.
Kadang-kadang saya terfikir, muhasabah sekejap.
Apa saya buat ni, ikhlas ke saya buat ni untuk Allah?
Apa saya buat ni, saya dah niat untuk Allah ke belum?
Kadang-kadang betapa susahnya nak luruskan niat kita keranaNya.
Jadi, setiap kali kita nak buat something, kita kena ingat kita buat kerana Allah.
Bila dah kita niat keranaNya,
Kita dapatlah pahala!
Senang kan?
Tak susah pun.
Allah tu Maha Pemurah.
Even kita tidur kalau niat kerana Allah pun dapat pahala.
Pemurahnya Allah nii :D
Tapi, masa solatlah kita susah sangat nak khusyuk.
Sebab tu la dalam kehidupan kita pun jadi tak betul.
Macam mana tak betul tu?
Hm.. Tak betul tu contohnya, kita susah nak dapat kerja, selalu rasa sakit hati dengan orang lain, hati tak tenteram, and macam-2 lagi..
Semua yang rasa tak betul ni kita tengok balik masa solat kita.
Sempurna ke tidak kita solat tu.
Khusyuk ke tak.
Faham apa yang kita baca ke tak.
Ke time solat kita teringat pakwe or makwe kita.
Na'uzubillah..
Time solat kita kenalah buat betul-2 sebab kita menghadap Allah
Tuhan kita. 
Bukan mak ayah kita,
bukan atok nenek kita.
bukan perdana menteri sekalipun.
Tapi TUHAN kitaa!
Kita mintak macam-macam kat Dia
Tapi time solat kita langsung tak ingat dia, kita ingat benda lain pulak time menghadap Dia.
Harap kita dapat ubah diri kita.
In Shaa Allah moga dipertemukan hidayahNya.

Hasil carian imej untuk quote khusyuk solat

Seperti inikah kita? 
Muhasabah diri

Hasil carian imej untuk ibn qayyim quote sincere

Wednesday, 15 July 2015

Judge?

Assalamualaikum and hai semuaaaa ^^
Actually dah lama dah kan tak update blog? 
Hmm, mungkin sebab sekarang ni tengah busy kat asrama, homework and sekarang ni pulang bermalam pun dah kurang . 
Nak buat macam mana? 
Redha je lah...

Hasil carian imej untuk quotes judgemental people

Okey, hari ni nak cakap tentang orang yang suka judge orang lain.
First, saya nak tanya..
Kenapa nak judge dia?
Dia susahkan kau ke?
Dia ada kacau hidup kau ke?
Kalau jawapannya "Tidak", kenapa kau still nak judge dia?
Maybe sebab kau tak puas hati apa yang dia dapat.
Mungkin?

Saya nak ceritakan satu kisah..

Ada seorang pelajar perempuan  ni bernama Maya. 
Dia ada 2 orang adek beradek je.
Abang dia sorang, and dia sorang.
Mak ngan ayah dia ada..
Tapi sibuk sangat bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Sampai Maya dengan abang dia pun jarang sangat jumpa mak and ayah diorang.

Maya ni dia sekolah kat asrama yang petingkan hidup Islam.
Means, pakaian pun kenalah tutup dengan syarat yang betul.
Tak ketat, tak jarang, tak nipis.
Tudung atleast mesti sejengkal daripada bahu.
Pergaulan laki ngan perempuan kena jaga sebaik mungkin.

Tapi kan,, Maya ni dia macam terkena kejutan budaya.
Yelah, sebelum dia masuk sekolah ni, dia memang jenis yang tak pakai tudung.
Lagi-2 tudung labuh.
And bila dia kat asrama, dia sorang je yang pakai tudung paling pendek daripada kawan2 dia yang lain.
Tapi dia tak kisah sebab dia rasa tu still tudung.
And pakaian dia pulak ketat-ketat. 
Dia ingatkan dia pakai semua tu okey.

Apa yang sedih adalah , bila kawan2 dia semua pandang slack kat dia and ramai kutuk2 dia.
Ramai cakap Maya ni teruk la..
Maya ni jahil laa..
Maya ni bajet cantik la sebab pakai baju ketat2..
Kenapa mereka semua kutuk2 Maya?
Sebab mereka nampak Maya ni seorang yang jahil dari segi agama.
Maka, ramai orang judge dia tak sedar diri.
Maya sedar yang dia jadi bahan kutukan orang ramai.
Tapi dia tak ambil peduli.
Bukan dia tak sedih, tapi dia sendiri tak tahu apa yang orang nak dia berubah.
Dia tak tahu baca Quran.
Tapi takde siapa nak ajar dia.
Dia tak tahu nak mula dari mana nak tutup aurat dengan sempurna macam kawan2 dia.
Tapi takde sorang pun yang nak ajak dia tutup aurat dengan betul.

Siapa salah siapa ni?

Pada pendapat saya lah kan.. 
Tak payah lah judge orang tu kalau kita sendiri tak tahu dia macam mana..
Maya ni baik je orangnya.
Just disebabkan dia ni tak pandai dalam bab2 agama, ramai orang terus judge dia macam ni lah, macam tu lah..
Apa salahnya mereka semua cuba kawan ngn Maya and ajar Maya baca Quran and tutup aurat dengan sempurna..
Bukan Maya tak nak berubah, cuma dia malu kalau dia berubah terus nanti, lagi ramai yang nak judge dia and kutuk2 dia. 

So, kita sebagai saudara sesama Islam, tak payah lah tengok keburukan orang lain sangat.
Ada banyak lagi kebaikan dia yang kita tak nampak lagi.
Cuba lah kita tolong baiki keburukan dia agar keburukan bertukar kepada kebaikan.
Kita pun dapat pahala.
Bukannya dengan suka judge and kutuk2 dia.
That's all untuk hari ni. 
Wallahu'alam.


Friday, 15 May 2015

Taubat dan Perubahan


Assalamualaikum and hai semua. Insha Allah first blog kali ni nak share sesuatu. Maybe tazkirah? Kenapa mesti tazkirah? Tazkirah ni ada banyak kebaikan tauu. Benda ni dapat menyucikan hati kita sekaligus kita dapat banyak ilmu. Tak rugi pun if kita teguk ilmu agama untuk akhirat ni :)
Awak, awak nampak tak gambar tu? Apa dia cakap eh?
"GOD wants YOU back."
Maksudnya?
"Allah nak kita balik"
Faham tak? Allah nak kita dekat kat dia balik. 
Allah rindu kita.
Allah rindu nak dengar rintihan kita siang dan malam.
Tapi..
Sekarang ni kita tengah buat apa?
Dengar azan Subuh tapi tak jugak nak bangun.
Set jam pukul 3 pagi ingatkan nak qiam tapi tengok bola rupanya.
Ya Allah! Apa nak jadi ni?
Perasan tak kita yang sebenar sekarang ni macam mana?
Masih berpijak di bumi yang nyata,
Ataupun masih di awang-awangan?


Pernah tak kau bangun pukul 3 pagi, and kau ambil wudhuk pastu kau solat tahajud, taubat and hajat?
Pernah tak?
Kalau tak pernah, jom buat sekarang.
Kenapa sekarang? 
Sebab kalau cakap NANTI, sampai bila-bila pun TAK BUAT!
Betul tak?
*errrr*


Pernah tak rasa macam ni.
Kita nak berubah. TAPI, kita banyak kali dan berulang-ulang melakukan dosa yang sama.
Sejauh mana taubat kita?
Ramai otang tanya,
"Taubat kita  terima lagi ke walaupun kita masih mengulangi dosa yang sama?"
Meh sini saya terangkan
.
Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa kita, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak lagi ulangi kesilapan tersebut."
Clear tak?
3 Rukun Taubat:-
-rasa bersalah
-minta ampun
-berazam tak nak ulang DOSA kita.

TAPI, sejauh mana kita IKHLAS dengan taubat kita?
Boleh je kita doa bagai nak rak, end up, doa kita kat bibir je.. Tak sampai langsung kat hati.
Kenapa macam tu?
Sebab.. Tak ada KEIKHLASAN!

Keikhlasan dalam bertaubat hanya diketahui oleh Allah dan diri kita sendiri. 
Kalau ikhlas, perasaan insaf akan hadir!
Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita...

So, hendaklah kita sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa kita.

Atas KELEMAHAN dan KECUAIAN diri kita, tak mustahil kita tergelincir dam jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama.

Oleh sebab tu, kita kenalah taubat banyak kali. 
"Pintu taubat tak akan dibuka hanya dengan sekali ketuk, tetapi akan dibuka apabila diketuk berkali-kali"
Faham tak?

Macam manusia jugak.

Contoh, si A ni ada buat salah dengan si B. Pastu si B ni merajuk gila-gila. 
Satu hari ni si A nak pujuk si B.
Dia datang rumah si B nak mintak maaf.
Dah sampai rumah si B, dia ketuk pintu sekali.
Tapi si B ni dia tak nak bukak jugak pintu tu.
Tapi si A ni dia tak putus asa. Dia tetap ketuk pintu si B ni sampai hujan ribut datang pun dia still ketuk pintu rumah si B ni sebab dia still nak mintak maaf.
Akhirnya, si B ni pun bukak pintu jugak sebab kesian dekat si A ni. 
Yelah, sampai hujan ribut pun dia still berusaha ketuk pintu rumah si B ni.
So, si B ni pun maafkan si A.


Hm,..
Faham tak cerita tadi tu?
Macam tu lah jugak taubat. 
*senyum*

Kesimpulannya, Jangan PUTUS ASA!
Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi diri kita.
Allah takkan jemu mengampunkan dosa hambanya walau betapa teruknya hambanya itu.

"Orang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu Maha Pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa..."
| ibn Qayyim |