Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum kepada insan yang sedang membaca artikel saya ini.
Saya ingin menulis berkenaan soal TAKDIR.
Apa kita faham soal takdir?
Takdir tu merupakan qada' dan qadar Allah yang wajib kita percayai.
Okey, sebenarnya saya nak sharekan satu peristiwa ni.
Kita sendiri tahu yang negara Jepun merupakan negara yang paling hebat dari segi disiplin, kebersihan, ketepatan masa dan sebagainya.
Setiap penjuru takde sampah. Even sehelai rambut pun susah nak jumpa kat lantai.
Lagi lagi sampah yang besar, memang takkan jumpa kat negara diorang!
Tapi diorang bukan Islam..
Cuba bandingkan dengan negara-negara Islam.
Tak payah tengok negara lain, negara kita sendiri ni pun tak terkecuali.
Sampah yang kita nampak depan mata pun tak nak tolong buangkan.
Sebab apa?
"Buat apa aku nak buang? Bukan aku yang buat."
Betul tak?
Hmm..
Teringat saya semasa saya sedang berbual dengan ayah.
Saya bertanya kat ayah,
"Kenapa Jepun negara dia bersih, padahal diorang bukan negara Islam. Cuba tengok negara Mesir tu.. Kat sana jangan cakaplah, bukak pintu rumah je depan mata dah ada sampah."
Dengan tenang ayah saya menjawab;
"Orang Islam ni dia salah definisikan soal takdir. Diorang fikir takdir tu tak boleh nak ubah. Contohnya, mereka nampak sampah ada kat depan mata diorang. Then, diorang tak buat apa-apa pun yang akan menggerakkan sampah tersebut ke dalam tong sampah. Sebab apa? Diorang fikir sampah tu dah takdir memang ada kat situ. So, diorang just ignore je sampah tu sebab diorang ingatkan tu takdir yang tak boleh diubah."
"Tapi sebenarnya takdir tu kita still boleh ubah dengan tangan kita sendiri. Contohnya, negara Jepun yang dulunya ekonomi dia jatuh, tapi diorang dapat bangunkan semula ekonomi diorang. Sebab? Diorang ubah cara diorang melihat takdir itu. Diorang ada usaha nak bangunkan balik negara diorang."
Saya teringat buku yang telah saya baca berkenaan takdir;
Takdir boleh berubah dengan doa dan usaha,
walaupun hakikat semuanya sudah berada dalam ilmu Allah.
Kita hanya boleh menyebut 'takdir' apabila ia sudah berlaku.
Sebelum ia berlaku, ia masih suatu pilihan kerana kita tak tahu apa takdir kita.
Masa kat sekolah kawan saya pernah cakap,
"Aku tak yakin aku boleh dapat bangunkan Islam balik macam Sultan Muhammad al-Fateh buat."
Saya dengan kawan saya yang sorang lagi bertanya kepadanya kenapa.
"Ya lahh. Aku tak rasa aku dapat buat macam tu sebab aku rasa itu satu benda yang mustahil. Siapa aku ni nak bangunkan Islam balik."
Saya cuba memahami apa yang ingin disampaikannya, tiba-tiba kawan saya bagi respon;
"Kenapa kau cakap macam tu? Kita boleh buat selagi kita tak putus asa. Ni belum cuba lagi kau dah putus asa.. Macam mana Islam nak bangun kalau kita sendiri dah kalah pada takdir?"
"Jangan putus asa selagi kita belum cuba. Dakwah ni bukannya mudah. Rasulullah pun nak naikkan Islam dengan banyak ujian dan dugaan. Cara dakwah ni lah cara kita nak berjihad naikkan Islam. In shaa Allah.."
Saya terharu..
Ya, saya bukan jenis yang akan memberi pendapat tanpa saya mendengar dahulu pendapat mereka.
Saya dapati pendapat mereka lebih bernilai.
Rasa bersyukur sebab saya dapat kawan yang mendorong saya untuk melakukan kebaikan.
Jazakillah ya sodiqatii :)