Search je kat sini :)

Sunday, 30 October 2016

Istikharah?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wahai rakan Blogger sekalian.
Maka di sini saya ingin coretkan serba sedikit nota setelah beberapa bulan tidak menulis.

Baiklah.. 

Istikharah.
Bila sebut istikharah je mesti ramai yang terfikir untuk memilih jodoh.
Istikharah je mesti terfikir dapat petunjuk daripada mimpi.

hmm.
Actually, istikharah ni merupakan solat sunat 2 rakaat yang kita lakukan untuk memohon bantuan Allah dalam membuat suatu pilihan.
Tidak kiralah sama ada pilihan jodoh, kerjaya, bidang hatta pilihan makanan sekalipun.
Mintalah bantuan Allah agar Dia menunjukkan kita pilihan yang terbaik itu.

Persoalannya,
Bagaimana ingin mengetahui petunjuk daripada Allah itu?

Sebenarnya, 
petunjuk daripada Allah ini terdapat dalam pelbagai cara.
Sama ada mimpi, minat, tanda-tanda yang menunjukkan ke arah satu pilihan itu, gerak hati dan lain-lain.
Apabila sudah membuat pilihan, 
Yakinlah kepada Allah bahawa kita sudah memilih pilihan yang terbaik.
Yakin terhadap-Nya.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Hasil carian imej untuk quote istikharah

Believe in Allah okey? :)


Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan Kareem! :)

Bismillahirrahmanirrahim



Hasil carian imej untuk ramadhan is coming


Alhamdulillah Ramadhan telah pun tiba!
Seronok? Mestilah!
Gembira? Ofkos!
Apa bukti awak gembira dengan kedatangan Ramadhan?
"SEBAB DAH NAK RAYA!"

Hasil carian imej untuk emoji

Ish ish ish..
Bukan itu jawapan yang sepatutnya. Hm.

Bukti kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ni sepatutnya
kita nak tingkatkan amal ibadah kita pada bulan puasa ni.

Sebagai contoh,
1-10 Ramadhan, tak pernah tinggal solat terawih.
Bila 11-20 Ramadhan, solat terawih kadang-kadang je
and bila sampai 21-30 Ramadhan, 
"Eh Imam, mana jemaah kita ni? Satu saf je yang tinggal."

Astaghfirullah al'azim..
Sebenarnya kita telah menipu diri sendiri kalau benar kita kata kita gembira dengan Ramadhan. Kalau amal ibadah dalam bulan mulia ni pun dah tunnggang-langgang, tu ke bukti kita gembira dengan Ramadhan?

Orang yang rasa seronok dengan kedatangan Ramadhan ni,
dia tidak akan tinggal solat terawih, baca al-Quran, beri sedekah sampai habis bulan Ramadhan.
Tu baru orang yang rasa seronok dengan Ramadhan.

Ni tak, 
masa tengah tazkirah kat surau waktu terawih masih ramai lagi anak-anak muda yang memegang handset masing-masing.
Macam tak nak lepaskan dari tangan langsung.
Yang korang bawak handset tu pi terawih sekali pasaipa?
Ni nak dengar majlis ilmu, nak dapat keberkatan, tapi still main mesej dengan pakwe makwe.
Alahaii. 

Macam mana nak dapat keberkatan dalam bulan Ramadhan?
Bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling istimewa untuk umat Islam.
Bulan ni bulan yang paling banyak kita boleh buat amal.
Berdoa pada Allah.
Moga Allah ampunkan dosa kita.



Nahhhhh!
Malam Lailatul Qadar lah!!
Tak sabarnya nak tunggu malam Lailatul Qadar~

Lailatul Qadar.
Merupakan malam yang amat mustajab ketika berdoa.
Doa mintak ampunkan dosa kita.
Mintak dijauhkan daripada seksa kubur, azab api neraka, fitnah dunia dan fitnah dajjal.
Mintak supaya kita terus dikuatkan iman.
Mintak kat Allah supaya kita berada dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Malam al-Qadr ni kita tak tahu bila.
Tapi dia datang pada 10 hari terakhir Ramadhan.
So, sebab tu jangan tinggal terawih masa Ramadhan ni. 
Rugiiii kalau kita terlepas malam al-Qadr ni.

Semoga kita sentiasa diberi kesempatan untuk berdoa dan beramal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. 
Allahumma amiin :)



Monday, 6 June 2016

Homesick?

Bismillahirrahmanirrahim. 


Tengok tajuk pada kali ini. Tajuk kali ni berkaitan dengan HOMESICK!
Ya, sesiapa yang tinggal kat asrama and berjauhan dengan keluarga pasti akan merasa perasaan ini.
Tetibe teringat ibu and ayah kat rumah,
tetibe teringat abang kakak adik kat rumah,
kucing, arnab, hamster,
and macam2 lagi.

Tapi,
kita berjauhan dengan mereka disebabkan kita mempunyai misi.
Misi apa?
Misi untuk belajar demi mengejar cita-cita.
Ya, ada sebab kenapa kita dihantar di tempat belajar yang jauh.
Mungkin itulah yang terbaik untuk kita.
Semuanya Allah yang merancang.
Dan perancangan Allah itu merupakan sebaik-baik perancang.
Adakah kamu terlupa?

Hasil carian imej untuk exam

Haaaa, time nak dekat exam lagi la teringat kat ibu ayah kat rumah.
Ni apa yang saya rasa la.
Sebab nak dekat exam ni kita akan rasa sedikit stress
dan kita memerlukan sokongan daripada parents.

Selalu kalau rasa homesick ni, 
cuba dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan apa yang terbuku kat hati.
Luah segala-galanya kat dia.
Luahkan yang kita rindu parents kita, keluarga kita,
and macam-macam lagi kat Dia.
Sebab Dia Maha Mendengar.
In shaa Allah hati akan jadi tenang lepas tu. 

Cuma satu je nak cakap.
Hidup jauh daripada keluarga ni dapat jadikan kita insan yang lebih kuat.
Series.
Semuanya kena hadapi sendiri tanpa bantuan sesiapa
kecuali bantuan daripada Allah.
Bergantung kepada Dia.

Oleh itu, hati kenalah kuat.
Jangan putus asa dengan ujian yang kita hadapi.
Ujian tu merupakan cabaran untuk kita kat dunia ni.
Maka, bersabarlah duhai diri.

Hasil carian imej untuk ujian daripada allah