Search je kat sini :)

Tuesday, 21 March 2017

Fitrah?

Assalamualaikum and hello there..
Okey, cakap pasal fitrah ni.. Apa itu Fitrah?
Fitrah ni bermaksud sifat semula jadi atau suci.

So sebenarnya saya nak cakap pasal suka atau cinta kat seseorang.
Semua orang ada perasaan kan?
Perasaan suka kat seseorang tu actually benda biasa.
Dari sekolah rendah, sampai ke kolej mesti ada je kita rasa suka kat seseorang tu.
eh, yeke?

Jadi, apa yang saya nak cakap ialah perasaan suka atau cinta tu normal.
It's fitrah. Sebab kita manusia.
Apa yang tak normal tu bila kita bawak rasa suka or cinta yang bersifat suci itu kepada yang haram.
Example? Senang je, tak payah teka-teki lagi. Ofcourse lah COUPLE.
Maybe benda ni korang dah tahu. Tapi dah tahu pun, why korang buat lagi?
Bersihkan hati. Betulkan niat. Cari redha Allah.

So, cuba baca situasi ni..
Kau suka kawan dengan sorang mamat ni. Kau suka dia sebab dia baik, hensem bagai. And oneday dia ajak kau bergambar sama2. Dua orang je. Then, kau pun happy and merelakan bergambar dengan si dia.
Okay, maybe nampak macam takde apa-apa. But actually it is something yang kau perlu ambil kisah. Why?
Okey, let's see.
Bergambar berdua antara lelaki and perempuan bukan mahram actually it's not appropriate. Bcoz it can cause 'Fitnah'. Akhir zaman ni fitnah semakin berleluasa. And fitnah tu boleh terjadi disebabkan kau sendiri yang tak pandai jaga diri kau dengan baik.
Tak bergambar dengan lelaki bukan mahram tak bermaksud dia tak boleh jadi kawan kau.
Bergambar je la dengan rakan sejantina. Kan selamat and bebas daripada fitnah.
Syaitan tu licik tau. Even bergambar dengan bukan mahram berdua nampak biasa, tapi macam2 benda boleh terjadi.

*maaf, ayat agak kasar.

Situasi kedua

Kau suka dia. Dia suka kau. Kau layan chat dengan dia. Dia layan chat dengan kau.
Kau bagi dia hadiah time birthday. Dia pun bagi hadiah kat kau time birthday. Tapi kat sekolah kau pretend macam kau dengan dia takde apa-apa. Semua kawan2 kau taktau yang kau dengan dia actually suka sama suka.
okey, ni nampak macam okey. Nampak je okay sebab dia tak buat kawan2 dia meluat dengan kisah percintaan dia dengan kekasih dia.
Tapiiii..
Allah tahu apa kau buat. Allah tahu kau bercinta dengan si dia. Berapa banyak zina hati kau buat dengan dia. Kau boleh sorok perbuatan kau tu daripada orang lain tapi kau lupa yang Allah Maha Mengetahui.
Mungkin kau tak jumpa dia berdua. Tapi chat or mesej korang yang korang layan dari pagi sampai malam tu dah menyebabkan korang lalai.

Baca baik-baik.

Suka / Cinta = Fitrah = Suci

Sifat suka atau cinta tu suci. Tapi bila kau lalai daripada mengingati Allah, adakah itu dinamakan suci? Tentu sekali tidak.

Situasi ketiga

Actually ni semua orang tahu salah and berdosa tapi still buat sebab ikut trend. It's couple. Lelaki and perempuan yang bukan mahram suka sama suka. Dah lah couple, buat maksiat public lagi. Post gambar berdua kat instagram, twitter, facebook lah bagai-bagai. Orang yang tengok pun naik meluat. Bukan meluat sebab cemburu... Tapi meluat sebab banyak kali tengok korang buat dosa. Tak serik-serik ke?


Pernah jugak ada orang cakap kat saya, "Kau tak cemburu ke tengok orang lain yang ada pasangan couple masing-masing?"

Nak tahu apa yang saya jawab? "Perlu ke aku nak cemburu dengan orang yang buat dosa?"

Kadang-kadang rasa diri ni rasa pelik dengan apa yang berlaku pada zaman sekarang. Ke mana pergi rasa malu kaum wanita? Post gambar sana sini kat sosial media dengan buat banyak aksi comel untuk tatapan ramai. Ke mana rasa hormat kaum lelaki yang sentiasa menundukkan pandangan daripada melihat perempuan bukan mahram?

Kita kena ingat, kalau kita suka kat seseorang pun, pendam je. Selagi belum tiba masa, pendam selagi terdaya. Just yakin yang jodoh kau akan datang suatu hari nanti bila dah sampai masanya.
Jaga diri, mantapkan ilmu, jaga pergaulan.. agar jodoh kita pun sedang membina iman dalam diri macam kita. Believe in Allah.


Hasil carian imej untuk quote jodoh islami

Sunday, 30 October 2016

Istikharah?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wahai rakan Blogger sekalian.
Maka di sini saya ingin coretkan serba sedikit nota setelah beberapa bulan tidak menulis.

Baiklah.. 

Istikharah.
Bila sebut istikharah je mesti ramai yang terfikir untuk memilih jodoh.
Istikharah je mesti terfikir dapat petunjuk daripada mimpi.

hmm.
Actually, istikharah ni merupakan solat sunat 2 rakaat yang kita lakukan untuk memohon bantuan Allah dalam membuat suatu pilihan.
Tidak kiralah sama ada pilihan jodoh, kerjaya, bidang hatta pilihan makanan sekalipun.
Mintalah bantuan Allah agar Dia menunjukkan kita pilihan yang terbaik itu.

Persoalannya,
Bagaimana ingin mengetahui petunjuk daripada Allah itu?

Sebenarnya, 
petunjuk daripada Allah ini terdapat dalam pelbagai cara.
Sama ada mimpi, minat, tanda-tanda yang menunjukkan ke arah satu pilihan itu, gerak hati dan lain-lain.
Apabila sudah membuat pilihan, 
Yakinlah kepada Allah bahawa kita sudah memilih pilihan yang terbaik.
Yakin terhadap-Nya.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Hasil carian imej untuk quote istikharah

Believe in Allah okey? :)


Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan Kareem! :)

Bismillahirrahmanirrahim



Hasil carian imej untuk ramadhan is coming


Alhamdulillah Ramadhan telah pun tiba!
Seronok? Mestilah!
Gembira? Ofkos!
Apa bukti awak gembira dengan kedatangan Ramadhan?
"SEBAB DAH NAK RAYA!"

Hasil carian imej untuk emoji

Ish ish ish..
Bukan itu jawapan yang sepatutnya. Hm.

Bukti kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ni sepatutnya
kita nak tingkatkan amal ibadah kita pada bulan puasa ni.

Sebagai contoh,
1-10 Ramadhan, tak pernah tinggal solat terawih.
Bila 11-20 Ramadhan, solat terawih kadang-kadang je
and bila sampai 21-30 Ramadhan, 
"Eh Imam, mana jemaah kita ni? Satu saf je yang tinggal."

Astaghfirullah al'azim..
Sebenarnya kita telah menipu diri sendiri kalau benar kita kata kita gembira dengan Ramadhan. Kalau amal ibadah dalam bulan mulia ni pun dah tunnggang-langgang, tu ke bukti kita gembira dengan Ramadhan?

Orang yang rasa seronok dengan kedatangan Ramadhan ni,
dia tidak akan tinggal solat terawih, baca al-Quran, beri sedekah sampai habis bulan Ramadhan.
Tu baru orang yang rasa seronok dengan Ramadhan.

Ni tak, 
masa tengah tazkirah kat surau waktu terawih masih ramai lagi anak-anak muda yang memegang handset masing-masing.
Macam tak nak lepaskan dari tangan langsung.
Yang korang bawak handset tu pi terawih sekali pasaipa?
Ni nak dengar majlis ilmu, nak dapat keberkatan, tapi still main mesej dengan pakwe makwe.
Alahaii. 

Macam mana nak dapat keberkatan dalam bulan Ramadhan?
Bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling istimewa untuk umat Islam.
Bulan ni bulan yang paling banyak kita boleh buat amal.
Berdoa pada Allah.
Moga Allah ampunkan dosa kita.



Nahhhhh!
Malam Lailatul Qadar lah!!
Tak sabarnya nak tunggu malam Lailatul Qadar~

Lailatul Qadar.
Merupakan malam yang amat mustajab ketika berdoa.
Doa mintak ampunkan dosa kita.
Mintak dijauhkan daripada seksa kubur, azab api neraka, fitnah dunia dan fitnah dajjal.
Mintak supaya kita terus dikuatkan iman.
Mintak kat Allah supaya kita berada dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Malam al-Qadr ni kita tak tahu bila.
Tapi dia datang pada 10 hari terakhir Ramadhan.
So, sebab tu jangan tinggal terawih masa Ramadhan ni. 
Rugiiii kalau kita terlepas malam al-Qadr ni.

Semoga kita sentiasa diberi kesempatan untuk berdoa dan beramal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. 
Allahumma amiin :)



Monday, 6 June 2016

Homesick?

Bismillahirrahmanirrahim. 


Tengok tajuk pada kali ini. Tajuk kali ni berkaitan dengan HOMESICK!
Ya, sesiapa yang tinggal kat asrama and berjauhan dengan keluarga pasti akan merasa perasaan ini.
Tetibe teringat ibu and ayah kat rumah,
tetibe teringat abang kakak adik kat rumah,
kucing, arnab, hamster,
and macam2 lagi.

Tapi,
kita berjauhan dengan mereka disebabkan kita mempunyai misi.
Misi apa?
Misi untuk belajar demi mengejar cita-cita.
Ya, ada sebab kenapa kita dihantar di tempat belajar yang jauh.
Mungkin itulah yang terbaik untuk kita.
Semuanya Allah yang merancang.
Dan perancangan Allah itu merupakan sebaik-baik perancang.
Adakah kamu terlupa?

Hasil carian imej untuk exam

Haaaa, time nak dekat exam lagi la teringat kat ibu ayah kat rumah.
Ni apa yang saya rasa la.
Sebab nak dekat exam ni kita akan rasa sedikit stress
dan kita memerlukan sokongan daripada parents.

Selalu kalau rasa homesick ni, 
cuba dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan apa yang terbuku kat hati.
Luah segala-galanya kat dia.
Luahkan yang kita rindu parents kita, keluarga kita,
and macam-macam lagi kat Dia.
Sebab Dia Maha Mendengar.
In shaa Allah hati akan jadi tenang lepas tu. 

Cuma satu je nak cakap.
Hidup jauh daripada keluarga ni dapat jadikan kita insan yang lebih kuat.
Series.
Semuanya kena hadapi sendiri tanpa bantuan sesiapa
kecuali bantuan daripada Allah.
Bergantung kepada Dia.

Oleh itu, hati kenalah kuat.
Jangan putus asa dengan ujian yang kita hadapi.
Ujian tu merupakan cabaran untuk kita kat dunia ni.
Maka, bersabarlah duhai diri.

Hasil carian imej untuk ujian daripada allah

Monday, 9 November 2015

Bahagia?

Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan harta yang bersepah sini sana,
Kejayaan yang sehingga ke menara gading,
Keluarga yang kuat bekerja siang dan malam,
Semuanya untuk dunia.
Adakah itu dinamakan bahagia?

Bahagia.
Adakah kau benar-benar bahagia?
Dengan melakukan pelbagai dosa maksiat,
Keluar dengan berlainan jantina,
pegang tangan, zina mata, zina hati,
Adakah itu yang kau merasa kebahagiaan?
Hanya kerana kau mempunyai kekasih hati yang berupa manusia?

Bahagia.
Kau mempunyai segala-galanya
Kemewahan, kecantikan, kepandaian,
Kau merasa kau mempunyai semua kesempurnaan,
Tetapi kau lupa siapa yang memberi kelebihan itu,
Tidak pernahkah kau ingin bersyukur kepada-Nya?
Bahagiakah dikau dengan semua kelebihan itu?

Bagi aku.
Kebahagiaan itu mempunyai kasih sayangNya,
Kasih sayang ibu ayah, keluarga, rakan,
Ukhuwwah hendaklah perlu dimantapkan,
Jihad mesti dilaksanakan,
Menuju ke syurganya dengan bersusah payah,
Tinggalkan dunia ini yang penuh dusta,
Mengejar akhirat yang kekal selama-lamanya,
Perbanyakkan amalan keranaNya,
In shaa Allah syurga ganjarannya.
Itulah bahagia yang kekal abadi..
*senyum*


Saturday, 31 October 2015

Takdir?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil carian imej untuk quote takdir

Assalamualaikum kepada insan yang sedang membaca artikel saya ini.
Saya ingin menulis berkenaan soal TAKDIR.
Apa kita faham soal takdir?
Takdir tu merupakan qada' dan qadar Allah yang wajib kita percayai.

Okey, sebenarnya saya nak sharekan satu peristiwa ni.
Kita sendiri tahu yang negara Jepun merupakan negara yang paling hebat dari segi disiplin, kebersihan, ketepatan masa dan sebagainya. 
Setiap penjuru takde sampah. Even sehelai rambut pun susah nak jumpa kat lantai.
Lagi lagi sampah yang besar, memang takkan jumpa kat negara diorang!
Tapi diorang bukan Islam..
Cuba bandingkan dengan negara-negara Islam.
Tak payah tengok negara lain, negara kita sendiri ni pun tak terkecuali.
Sampah yang kita nampak depan mata pun tak nak tolong buangkan.
Sebab apa?
"Buat apa aku nak buang? Bukan aku yang buat."
Betul tak?

Hmm..
Teringat saya semasa saya sedang berbual dengan ayah.
Saya bertanya kat ayah, 
"Kenapa Jepun negara dia bersih, padahal diorang bukan negara Islam. Cuba tengok negara Mesir tu.. Kat sana jangan cakaplah, bukak pintu rumah je depan mata dah ada sampah."
Dengan tenang ayah saya menjawab;
"Orang Islam ni dia salah definisikan soal takdir. Diorang fikir takdir tu tak boleh nak ubah. Contohnya, mereka nampak sampah ada kat depan mata diorang. Then, diorang tak buat apa-apa pun yang akan menggerakkan sampah tersebut ke dalam tong sampah. Sebab apa? Diorang fikir sampah tu dah takdir memang ada kat situ. So, diorang just ignore je sampah tu sebab diorang ingatkan tu takdir yang tak boleh diubah."

"Tapi sebenarnya takdir tu kita still boleh ubah dengan tangan kita sendiri. Contohnya, negara Jepun yang dulunya ekonomi dia jatuh, tapi diorang dapat bangunkan semula ekonomi diorang. Sebab? Diorang ubah cara diorang melihat takdir itu. Diorang ada usaha nak bangunkan balik negara diorang."

Saya teringat buku yang telah saya baca berkenaan takdir;
Takdir boleh berubah dengan doa dan usaha,
walaupun hakikat semuanya sudah berada dalam ilmu Allah.
Kita hanya boleh menyebut 'takdir' apabila ia sudah berlaku.
Sebelum ia berlaku, ia masih suatu pilihan kerana kita tak tahu apa takdir kita.

Masa kat sekolah kawan saya pernah cakap,
"Aku tak yakin aku boleh dapat bangunkan Islam balik macam Sultan Muhammad al-Fateh buat."
Saya dengan kawan saya yang sorang lagi bertanya kepadanya kenapa.
"Ya lahh. Aku tak rasa aku dapat buat macam tu sebab aku rasa itu satu benda yang mustahil. Siapa aku ni nak bangunkan Islam balik."
Saya cuba memahami apa yang ingin disampaikannya, tiba-tiba kawan saya bagi respon;
"Kenapa kau cakap macam tu? Kita boleh buat selagi kita tak putus asa. Ni belum cuba lagi kau dah putus asa.. Macam mana Islam nak bangun kalau kita sendiri dah kalah pada takdir?"
"Jangan putus asa selagi kita belum cuba. Dakwah ni bukannya mudah. Rasulullah pun nak naikkan Islam dengan banyak ujian dan dugaan. Cara dakwah ni lah cara kita nak berjihad naikkan Islam. In shaa Allah.."

Saya terharu..
Ya, saya bukan  jenis yang akan memberi pendapat tanpa saya mendengar dahulu pendapat mereka.
Saya dapati pendapat mereka lebih bernilai.
Rasa bersyukur sebab saya dapat kawan yang mendorong saya untuk melakukan kebaikan.
Jazakillah ya sodiqatii :)

Hasil carian imej untuk quote dakwah





Sunday, 20 September 2015

Keikhlasan

Assalamualaikum and hai :)
Berhabuk dah blog ni sebab dah lama tak bukak. 
Sorry kalau sesiapa yang tertunggu-tunggu post baru untuk blog ni. 
(perasan ada fans je hehe) 

Hasil carian imej untuk quote sincere

Allah tahu apa yang kita rasa dalam hati.
Kadang-kadang saya terfikir, muhasabah sekejap.
Apa saya buat ni, ikhlas ke saya buat ni untuk Allah?
Apa saya buat ni, saya dah niat untuk Allah ke belum?
Kadang-kadang betapa susahnya nak luruskan niat kita keranaNya.
Jadi, setiap kali kita nak buat something, kita kena ingat kita buat kerana Allah.
Bila dah kita niat keranaNya,
Kita dapatlah pahala!
Senang kan?
Tak susah pun.
Allah tu Maha Pemurah.
Even kita tidur kalau niat kerana Allah pun dapat pahala.
Pemurahnya Allah nii :D
Tapi, masa solatlah kita susah sangat nak khusyuk.
Sebab tu la dalam kehidupan kita pun jadi tak betul.
Macam mana tak betul tu?
Hm.. Tak betul tu contohnya, kita susah nak dapat kerja, selalu rasa sakit hati dengan orang lain, hati tak tenteram, and macam-2 lagi..
Semua yang rasa tak betul ni kita tengok balik masa solat kita.
Sempurna ke tidak kita solat tu.
Khusyuk ke tak.
Faham apa yang kita baca ke tak.
Ke time solat kita teringat pakwe or makwe kita.
Na'uzubillah..
Time solat kita kenalah buat betul-2 sebab kita menghadap Allah
Tuhan kita. 
Bukan mak ayah kita,
bukan atok nenek kita.
bukan perdana menteri sekalipun.
Tapi TUHAN kitaa!
Kita mintak macam-macam kat Dia
Tapi time solat kita langsung tak ingat dia, kita ingat benda lain pulak time menghadap Dia.
Harap kita dapat ubah diri kita.
In Shaa Allah moga dipertemukan hidayahNya.

Hasil carian imej untuk quote khusyuk solat

Seperti inikah kita? 
Muhasabah diri

Hasil carian imej untuk ibn qayyim quote sincere